Friday, January 29, 2010

Undian liga futsal tgc 2010




Khamis baru ni dah berlangsung undian untuk liga futsal tgc 2010.
macam undian2 sblm ni..port undian masih sama iaitu di pejabat dr ali,salah saorang budak tgc di centre point,kuantan.ramai jugak yang datang malam tu.
tema untuk kejohanan kali ni adalah piala dunia..ye la,piala dunia 2010 pun dah tak lama lagi.
pada aku, tema piala dunia untuk edisi kali ni memang tepat sekali.
aku di undi dalam pasukan jepun kali ni.harap2 jepun boleh jadi juara..hehehe..
ni senarai pemain untuk pasukan jepun.

1- xcracker (aku)
2- ix_impaled
3- kamaldini
4- man
5- milin
6- dr. ali
7- iqbal

Thursday, January 21, 2010

Umur

Sedar tak sedar 14 januari 2010 lalu, genap la umur aku 30 tahun.hehehe..ya dah 30 pun sekarang..dah makin meningkat umur aku ni.
sedih jugak rasanya bila nak tinggalkan umur 20-an..hehehe.
teringat dulu-dulu masa umur belasan tahun..rasa tak sabar je bila nak masuk umur 20.
masa tu rasa bila umur dah masuk 20,rasa macam dah dewasa dan matang je..hehehe.
memang best sebenarnya umur 20-an ni..nak2 masa umur antara 20 hingga 25 tahun dulu.
tapi tu la..semua tu tinggal sejarah dan kenangan je.masa takkan kembali berputar.

sebenarnya ada beberapa pekara yang aku nak lakukan dan penuhi sebelum umur aku masuk 30 ni,tapi apakan daya..ada yang aku dapat penuhi dan ada jugak yang aku tak dapat penuhi.
takpe la..mungkin belum rezeki aku dan bukan masanya lagi.Allah dah tentukan untuk setiap hambanya..dan aku kena terima semuanya..biar pun ada yang pahit untuk aku terima.
harapan aku..biarlah masa akan datang akan lebih baik buat aku.moga nasib aku akan lebih baik nanti.

Wednesday, January 13, 2010

Kalah dan tersingkir.

Akhirnya..selepas game ulangan,liverpool kalah dan terus tersingkir daripada saingan piala fa.
huhuhu..kenapa la nasib malang sangat musim ni.
kalah pulak pada minit2 akhir game dan pada masa tambahan.
memang perit dan sedih nak terima kalah macam ni.
dah la kalah..2 tonggak utama iaitu torres dan gerrard terpaksa keluar pasal cedera.
harap2 tak la teruk sangat cedera tu..pasal saingan epl masih ada separuh jalan lagi.
sekarang cuma tinggal 2 piala je utk di kejar..iaitu epl dan europa.
epl tu kira mustahil sangat dah..cuma target sekarang utk dapat no 4..tu pun kalau boleh dapat..hehehe.
apa2 pun,perjuangan perlu diteruskan.
dgn kemasukan pemain baru iaitu Maxi Rodriguez,harap ianya dapat membantu dalam usaha serangan liverpool untuk mencari gol.

Sunday, January 10, 2010

Permulaan yang baik.

Sabtu baru ni,9/1/2010 liga malaysia kembali menemui peminat2 bola malaysia.ramai yang dah tak sabar menunggu..termasuk la aku sebagai peminat dan penyokong pasukan pahang,memang tak lepaskan peluang utk ke stadium darul makmur utk bagi memberi sokongan pada pahang.
musim lepas berapa game je aku tgk kat stadium..maklumla,prestasi teruk sangat.hehehe.

rata2 barisan pemain pahang kali ni mmg muda2..termasuk la pemain2 luar yg dibawa masuk oleh dollah salleh utk memperkuatkan pasukan pahang.suasana teruja tu mmg aku dah rasa 2-3 hari sblm game..malam tu kat stadium lepak tgk bola dgn budak2 tok gajah.kalau boleh aku nak skuad kali ni berjaya dan boleh bersaing dalam liga.buktikan pada semua peminat yang pahang memang layak main liga super musim ni.
aku tak nak team ni jadi mangsa belasahan team lain je.
dan kemenangan 2-1 dengan perak telah membuktikan betapa seriusnya pasukan pahang kali ni.aku harap semangat dan usaha keras untuk nak menang kekal utk game2 akan datang.
Amuk Pahang Amuk!!

Sunday, January 03, 2010

Seri je

Alamak!! team aku liverpool cuma seri 1-1 je dgn Reading dlm piala fa pusingan ke 3.

tengok pada prestasi semasa,reading skrg duk tempat ke 20 liga dalam Championship,liga yang bawah drpd bpl.kira kalau kat malaysia ni liga perdana la.tgk pada line up,sah2 mmg rafa nak menang dan seterusnya kalau boleh nak jadi juara.tak macam musim2 lepas,biasanya piala fa ni rafa bagi pemain2 simpanan dan muda je main.ini mungkin disebabkan liverppol dah tersingkir drpd ucl.so utk tak nak menghampakan peminat2 liverpool,rafa ambik serius piala fa kali ni.tapi apakan daya,biarpun turun dgn pemain2 utama liverpool masih gagal utk menang.reading pulak telah menunjukkan prestasi yg baik.mmg kucar-kacir pertahanan liverpool..terutama belah kiri.wings kiri dan kanan reading mmg hidup.

tapi takpe,seri tu tak bermakna liverpool dah tersingkir.lepas ni kena main game ulangan pulak kat anfied.harap liverpool ambik peluang tu utk menang untuk layak ke pusingan ke 4.

gambar: www.liverpoolfc.tv

Friday, January 01, 2010

Selamat Datang 2010.

Selamat datang 2010..dan bye2 utk 2009.tahun 2009 yg bagi aku beberapa impian dan pekara yang dirancang pada 2009 tak tercapai..takpe la.huhu.
semoga apa yg tak tercapai dan tak terlaksana itu akan dapat aku penuhi pada 2010 ni.insyaallah.
so ni entry aku yag pertama..sebenarnya dah lama berhajat nak ada blog sendiri.
tapi tu la..kadang2 tu duk tangguh je..hehehe.
dan salah satu azam tahun baru ni memang aku kena dan nak ada blog utk aku sendiri.
maka terhasil la blog ni..