Monday, June 20, 2011

Aku dah kawin..

Hehe..lama gila tak update blog aku ni.

Alhamdulillah..syukur pada Allah,pada 29 April 2011 yg lalu,aku telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hati aku,Maswati Mohamed di RTP Bukit Goh,Kuantan.
majlis pernikahan telah berlangsung pada 29 april 2011 dan majlis persandingan pulak pada 30 april 2011.
majlis kat rumah aku pulak telah berlangsung pada 2 mei 2011 di Semambu,Kuantan.
semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami dan dikurniakan dengan anak2 yg soleh.amin.

I Love U syg..

Monday, August 09, 2010

Ramadhan 1431 datang lagi.


Esok bermulalah bulan Ramadahan,bulan yang memang aku tungu2 sangat.
Ramadhan,bulan yang segala amalan baik dan pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah.
semoga kita memperolehi keberkatan.Amin.
untuk semua,selamat berpuasa dan beribadat.jangan lupa solat terawih.

Monday, July 12, 2010

Bye-bye South Africa

piala dunia kat afrika selatan pun dah abis malam tadi.
tahniah utk sepanyol.
maka lepas ni hidup aku kembali macam biasa..dah takde nak bangun awal pagi pasal nak tgk bola.hehe.
rasa sedih jugak bila piala dunai ni abis.
nak kena tunggu 4 tahun lagi la.lama btul tu 4 tahun.
so ni review ringkas 3 team yang mmg aku support n ambik tahu tiap2 kali ada wc.

1.belanda-
naib juara je,kalau bukan lawan sepanyol rasanya bleh jadi juara.hehehe.
sama mcm euro 2008 dulu,masa tengah best dan kuat tiba2 kalah dgn rusia kat suku akhir.
nasib baik jersey2 belanda yg aku ada dah kecik n tak muat.
kalau tak bleh pakai malam tadi.

2.england-
team yg ramai tak suka n kutuk.hehehe.
bungkus boleh kata awal la jugak.tapi tak la seawal itali n france tu.
nasib tak baik kena jumpa jerman.hehe.kalau juara group dulu boleh jumpa ghana.
lawan jerman jadi lauk je..malas nak ckap pasal gol lampard yg ref tak bagi tu.

3.argentina-
aku minat argentina sejak piala dunia 1986.
minat sgt kat maradonna.hehe.
awal2 wc meletup n salah satu pilihan calon juara.
tapi last2 jumpa jerman kat suku akhir jadi lauk jugak macam england.
terus terang aku cakap aku frust gila bila kalah dgn jerman dulu.

Thursday, July 01, 2010

Selamat datang Roy Hodgson


Maka hari ini sah la Roy Hodgson menjadi pengurus baru liverpool.
berharap dengan kehadiranya dapat membantu menaikkan semula imej liverpool dan menjadikan musim 2010/2011 lebih berjaya.
tugas pertamanya yang penting mesti pastikan torres dan gerrard kekal di anfield.
YNWA

HODGSON'S MANAGERIAL CAREER

1976-1980 Halmstad (Swe)
1982 Bristol City
1983-1985 Örebro (Swe)
1985-1990 Malmö FF (Swe)
1990-1992 Neuchâtel (Swi)
1992-1995 Switzerland
1995-1997 Inter Milan (Ita)
1997-1998 Blackburn Rovers
1999 Inter Milan (Ita)
1999-2000 Grasshopper (Swi)
2000-2001 Copenhagen (Den)
2001 Udinese (Ita)
2002-2004 United Arab Emirates
2004-2005 Viking (Nor)
2006-2007 Finland
2007-2010 Fulham
2010 - Liverpool

Wednesday, June 30, 2010

Ray Ban Wayfarer Folding

Ni satu lagi jenis ray ban yang aku minat,wayfarer folding.
dulu2 ada satu,tapi yang pasar malam punya je la.hehe.
aku ada cita2 jugak sekarang ni nak beli lain,tu pun kalau mampu la.
tengok la macam mana nanti..harap2 dapat beli satu.

Ray Ban Aviator






Salah satu impian aku nak ada ray ban sendiri..tapi belum mampu.
model Aviator ni memang aku minat.
biar pun model ni dah lama,tapi aku tak kisah pun.minat tetap minat.
bila la boleh aku dapat beli satu ni..tunggu.hehehe.

Thursday, June 10, 2010

Demam piala dunia datang lagi

Jadual piala dunia 2010.
aku ambik kat web mana ntah..lupa pulak.


Esok,11/6/2010 piala dunia 2010 akan bermula.
maka dalam masa sebulan bermula esok aku pun akan meraikannya.
kerana minat aku pada sukan bola mmg tidak boleh diatasi dgn sukan2 lain.
seperti kejohanan2 yang lalu,biasanya aku tak cukup tido la melayan piala dunia ni.hehehe.
kali ni seperti dulu jugak aku sokong england.kenapa england?ntah la..aku pun tokleh nak jawab.
biar pun sokong england selalu kena kutuk dgn peminat2 pasukan lain,aku tetap sokong jugak.
masing2 ada minat sendiri.
selain england,aku jugak sokong belanda dan argentina.
skrg pun dah mula minat kat sepanyol.hehehe.takpe la.
so selamat menonton semua..