Monday, August 09, 2010

Ramadhan 1431 datang lagi.


Esok bermulalah bulan Ramadahan,bulan yang memang aku tungu2 sangat.
Ramadhan,bulan yang segala amalan baik dan pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah.
semoga kita memperolehi keberkatan.Amin.
untuk semua,selamat berpuasa dan beribadat.jangan lupa solat terawih.

Monday, July 12, 2010

Bye-bye South Africa

piala dunia kat afrika selatan pun dah abis malam tadi.
tahniah utk sepanyol.
maka lepas ni hidup aku kembali macam biasa..dah takde nak bangun awal pagi pasal nak tgk bola.hehe.
rasa sedih jugak bila piala dunai ni abis.
nak kena tunggu 4 tahun lagi la.lama btul tu 4 tahun.
so ni review ringkas 3 team yang mmg aku support n ambik tahu tiap2 kali ada wc.

1.belanda-
naib juara je,kalau bukan lawan sepanyol rasanya bleh jadi juara.hehehe.
sama mcm euro 2008 dulu,masa tengah best dan kuat tiba2 kalah dgn rusia kat suku akhir.
nasib baik jersey2 belanda yg aku ada dah kecik n tak muat.
kalau tak bleh pakai malam tadi.

2.england-
team yg ramai tak suka n kutuk.hehehe.
bungkus boleh kata awal la jugak.tapi tak la seawal itali n france tu.
nasib tak baik kena jumpa jerman.hehe.kalau juara group dulu boleh jumpa ghana.
lawan jerman jadi lauk je..malas nak ckap pasal gol lampard yg ref tak bagi tu.

3.argentina-
aku minat argentina sejak piala dunia 1986.
minat sgt kat maradonna.hehe.
awal2 wc meletup n salah satu pilihan calon juara.
tapi last2 jumpa jerman kat suku akhir jadi lauk jugak macam england.
terus terang aku cakap aku frust gila bila kalah dgn jerman dulu.

Thursday, July 01, 2010

Selamat datang Roy Hodgson


Maka hari ini sah la Roy Hodgson menjadi pengurus baru liverpool.
berharap dengan kehadiranya dapat membantu menaikkan semula imej liverpool dan menjadikan musim 2010/2011 lebih berjaya.
tugas pertamanya yang penting mesti pastikan torres dan gerrard kekal di anfield.
YNWA

HODGSON'S MANAGERIAL CAREER

1976-1980 Halmstad (Swe)
1982 Bristol City
1983-1985 Örebro (Swe)
1985-1990 Malmö FF (Swe)
1990-1992 Neuchâtel (Swi)
1992-1995 Switzerland
1995-1997 Inter Milan (Ita)
1997-1998 Blackburn Rovers
1999 Inter Milan (Ita)
1999-2000 Grasshopper (Swi)
2000-2001 Copenhagen (Den)
2001 Udinese (Ita)
2002-2004 United Arab Emirates
2004-2005 Viking (Nor)
2006-2007 Finland
2007-2010 Fulham
2010 - Liverpool

Wednesday, June 30, 2010

Ray Ban Wayfarer Folding

Ni satu lagi jenis ray ban yang aku minat,wayfarer folding.
dulu2 ada satu,tapi yang pasar malam punya je la.hehe.
aku ada cita2 jugak sekarang ni nak beli lain,tu pun kalau mampu la.
tengok la macam mana nanti..harap2 dapat beli satu.

Ray Ban Aviator






Salah satu impian aku nak ada ray ban sendiri..tapi belum mampu.
model Aviator ni memang aku minat.
biar pun model ni dah lama,tapi aku tak kisah pun.minat tetap minat.
bila la boleh aku dapat beli satu ni..tunggu.hehehe.

Thursday, June 10, 2010

Demam piala dunia datang lagi

Jadual piala dunia 2010.
aku ambik kat web mana ntah..lupa pulak.


Esok,11/6/2010 piala dunia 2010 akan bermula.
maka dalam masa sebulan bermula esok aku pun akan meraikannya.
kerana minat aku pada sukan bola mmg tidak boleh diatasi dgn sukan2 lain.
seperti kejohanan2 yang lalu,biasanya aku tak cukup tido la melayan piala dunia ni.hehehe.
kali ni seperti dulu jugak aku sokong england.kenapa england?ntah la..aku pun tokleh nak jawab.
biar pun sokong england selalu kena kutuk dgn peminat2 pasukan lain,aku tetap sokong jugak.
masing2 ada minat sendiri.
selain england,aku jugak sokong belanda dan argentina.
skrg pun dah mula minat kat sepanyol.hehehe.takpe la.
so selamat menonton semua..

Friday, June 04, 2010

Goodbye Rafa.




Maka teka-teki masa depan rafa benitez di anfield dah terjawab.
apa lagi nak di kata,kena terima jugak biar pun ada sikit rasa sedih atas pemergianya.
terima kasih atas segala jasa selama 6 tahun di anfield.
satu pencapaian yang memang dibanggakan kerana membawa kejuaraan eropah yang ke 5 buat pasukan liverpool.
good luck rafa..YNWA.

yanks out!!get out of our club.

Thursday, April 29, 2010

Impian ke final berkubur.


Impian liverpool untuk ke final europa league musim ni dah berkubur.
biarpun menang pagi tadi..tapi disebabkan peraturan gol tempat lawan,maka liverpool tak layak.
memang sedih dan agak kecewa..tapi apa boleh buat.kena terima jugak.
ketiadaan torres memang betul2 terasa.lagi pun atletico bukan la lawan yang mudah.
so tumpuan kembali ke bpl.harap2 bleh menang 2 lagi baki game dan seterusnya boleh dapat tempat ke 4 dalam liga.
memang nampak mustahil,tapi harap nasib kali ni kat liverpool.

Thursday, April 22, 2010

Tayar bocor pulak..

Pagi tadi..tengah2 syok bawak motor pegi keje sambil nyanyi lagu siti nurhaliza,cindai.
tiba2 tayar belakang motor aku bocor.tayar bocor ni kena kat sebelum shahputra tu.
aduh..bocor belakang pulak tu.nak pusing balik rumah dah jauh pulak tu.
last2 terpaksa kudakan motor tu sampai bukit rangin.
tengok jam baru kul 8.15 pagi..mana ada kedai motor bukak lagi pagi2 gini.
tapi kalau kat jaya gading ada 1 kedai cina yg bukak kul 7.30 pagi.aku pernah pegi situ.
takpe la..aku pikir balik,baik aku layan sarapan dulu.
sebelum sarapan,tgk duit dalam dompet..alamak,ada rm 15 je.cukup ke ni.
tapi bila pikir balik,tiub motor aku paling mahal pun baru rm 10.ada lagi baki rm 5.
lepas la aku nak makan dulu..hehehe.
lepas tu aku pun sarapan dulu..mintak nescafe o dgn nasi lemak telur.
aku tengok jam dah kul 9 pagi..pastu aku panggil la budak tu kira.
kena la rm 2.80..so baki aku skrg ada rm 12.20.
sambil2 bayar aku tanya budak yg kira tu..'dik,sini ada tak kedai motor yg bukak awal'.
pastu budak tu kata 'ada bang..jalan je depan ni pastu masuk simpang kiri hala ke sekolah.
ada kedai sebelah kanan.kedai tu bukak pukul 9'.
aku pun cakap terima kasih dik,sambil terus blah.
pegi je kat motor dan terus aku kudakan lagi motor aku ikut arah jalan yang budak tu bagi.
fuhh..lega btul bila jumpa kedai motor tu..ngam2,masa tu tokey dia baru bukak kedai.
lepas siap tukar tiub kena la rm 8 untuk tiub dan rm 1 untuk getah yag dah putus.
so jumlah semua rm 9 je..nasib baik tak kena mahal2..hehehe.
siap semua..terus aku gi pejabat semula.sampai opis pukul 9.30 pagi.
aku tengok bos aku ada..tapi takpe,aku dah bagitau kerani aku yang aku lewat.hehehe.

Thursday, April 08, 2010

Europa League : Liverpool 4 - 1 Benfica (Agg 5 - 3)


Akhirnya..liverpool lepas jugak ke semi final.
game pagi tadi memang liverpool control..benfica sesekali je ada buat serangan bahaya.
memang berbaloi aku berjaga..hehehe.
tak macam game minggu lepas,kali ni liverpool nampak bersungguh untuk dapatkan gol.
yang bestnya..lucas yang dibenci tu pun dapat score.siap beat keeper dulu sebelum score.
apa2 pun semi nanti jumpa Atletico Madrid.satu lagi lawan yang sukar.
harap2 liverpool bleh lepas final dan jadi juara.
ni je la piala yang tinggal untuk liverpool musim ni.
YNWA.

Friday, April 02, 2010

Nak jual ke tak nak ni..

Petang semalam,balik dari keje aku dgn bos aku ke bandar.
tujuannya nak ke kedai sukan..nak cari 1 set jersey bola untuk 1 team bola.
so kitaorang pun pegi la ke 1 kedai sukan yang popular ni.
takyah la aku bagitau kedai mana..hehehe.
lepas tanya2 dan pilih,ada hal pulak berlaku.
bagi kami layanan diaorang tak berapa best la..tengah sibuk layan,tiba2 bleh blah ke belajang.
katanya ada keje kat belakang..nak edit stok rasanya.aku agak2 je ni.
pastu keluar jap..pastu masuk balik.pening kepala aku.
dia cakap pilih la dulu..dah jumpa panggil dia balik..ada pulak gitu.
bila nak tgk stok..kejap kata ada..kejap kata takde.
bila tanya warna apa yang ada,katanya tengok pada yang display.
bila nak macam yang kat display tu..takde pulak.aduhhh.

bila aku tengok bos aku makin panas je..aku ajak bos aku pegi kedai lain.
last2 aku dgn bos aku blah je..bengang btul masa tu.
aku bagitau bos aku pegi kedai lain je la..so kitaorang pun ke kedai lain.
kat kedai ni layanan memang bagus..tip-top kata orang.hehehe.
kat sini dapat la 1 set jersey bola termasuk seluar dan print nombor sekali.
situasai 2 kedai yang aku pegi tu memang berbeza.layanan mmg beza la.
mungkin takde rezeki kedai yang pertama tu untuk dapat dalam banyak duit petang semalam.
dapat ke kedai kedua je..
apa2 pun..petang semalam bos aku belanja aku 1 jersey.hehehe.
berbaloi jugak teman dia..tq bos.


Sunday, March 14, 2010

Tukar bonet : Part 1

Bonet wira aku yang asal.



Bonet baru.tapi belum cat dan spoiler pun tak pasang lagi..
tunggu part 2 la..aku letak gambor bonet yang aku dah cat.
mungkin gaji bulan 3 ni hantar cat.hehehe.



Sabtu lepas,6/3/2010 aku tukar bonet kereta..
beli yang kawan punya.murah2 je.
sebenarnya malas gok nak tukar..tapi bila tengok2 balik,berminat pulak.hehehe.
alang2 dah ada dan agak murah..aku beli je la.
bonet tu aku pasang dgn member aku iaitu kerry dan sham.
diaorag pun pakai wira gok..bonet yang aku ambik ni bonet si sham tu la.

Thursday, March 04, 2010

Liga Super bersambung.

Dah lama sangat berehat liga super ni..sampai dah boring aku tunggu..hehehe.
aku suka suasana masa tengok bola..rasa kepuasan bila pahang gol dan menang.
sabtu ni liga super bersambung semula dan pahang akan sambung liga dengan bertemu johor fc.
harap2 menang la..dan harap2 jugak pemain2 pahang yang cedera dulu dah pulih.
nak tunggu game kat kuantan,memang lambat lagi.
kalau tak silap bulan 4 baru ada game kat kuantan ni.
takpe la..tunggu je la.
good luck pahang..amuk tok gajah amuk!!!

Gloves baru.


Gloves baru aku.beli kat kompleks teruntum tadi.harga murah je.
kebetulan pergi situ,teman kerani pejabat aku..dia ada urusan kat kompleks teruntum.
lepas tengok2 dan puas hati..aku kira jadi nak beli je la..
pastu tengok duit dulu dalam wallet.adoii..ada dalam Rm 30 je..memang tak cukup la.
nak tak nak..terpaksa pinjam skit duit dari kerani aku tu.hehehe.
keluar kompleks..terus pegi bank.pastu ambik duit dan bayor balik hutang tadi.

kali ni saje nak cuba pakai brand Topper pulok.
sebelum ni dah cuba pakai Umbro,Diadora,Puma dan Nike.kali ni sambor Topper.
cuma Adidas je blum cuba lagi..aku tengok Adidas punya agak mahal skit.
mungkin lepas2 ni boleh sambor Adidas pulok.
gloves dah baru,harap prestasi aku makin meningkat la..hehehe.

Friday, February 26, 2010

Teman baru..


Perkenalkan..teman baru aku.baru dapat dalam minggu lepas.
lepas ni mudah skit ada dia ni..bleh aku bawa bila aku keje luar.
lega rasa bila dah dapat ni.dah lama tunggu..
dulu aku asyik tangguh je nak ada laptop sendiri..hehehe.
sekarang dah ada..alhamdulillah la.

Wednesday, February 17, 2010

Liga Futsal TGC 2010

Aku dapat anugerah penjaga gol terbaik..hehehe.


Pasukan Jepun - Tempat ke 3 dalam liga dan juga tempat ke 3 dalam perebutan piala.


Akhirnya,pada 14-02-2009 baru ni telah berlangsung kejohanan liga futsal TGC 2010.
alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.memang meriah kejohanan kali ni dan memang beri kepuasan pada aku.biarpun tanpa striker utama iaitu iqbal yang menarik diri, team aku jepun berjaya jugak dapat no 3 dalam liga dan no 3 dalam perebutan piala.jepun kalah di separuh akhir kepada brazil 2-1.untuk perebutan tempat ke 3 dan ke 4,jepun berjaya menang penalti ke atas itali..jugak 2-1.aku dapat save 1 penalti oleh kapten itali,erik..hehehe.bengang je dia masa tu bila aku save penalti dia.

Dan yang paling aku tak sangka,kali ni aku dapat anugerah penjaga gol terbaik.untuk anugerah ni berdasarkan pasukan mana yang bolos paling sikit sekali.memang aku tak sangka langsung.
terima kasih untuk rakan sepasukan yang membantu.semua main peranan masing2.
akhir sekali,terima kasih jugak pada semua yang menjayakan liga futsal tgc kali ni.
berjumpa di kejohanan akan datang.insyaallah.

Friday, January 29, 2010

Undian liga futsal tgc 2010




Khamis baru ni dah berlangsung undian untuk liga futsal tgc 2010.
macam undian2 sblm ni..port undian masih sama iaitu di pejabat dr ali,salah saorang budak tgc di centre point,kuantan.ramai jugak yang datang malam tu.
tema untuk kejohanan kali ni adalah piala dunia..ye la,piala dunia 2010 pun dah tak lama lagi.
pada aku, tema piala dunia untuk edisi kali ni memang tepat sekali.
aku di undi dalam pasukan jepun kali ni.harap2 jepun boleh jadi juara..hehehe..
ni senarai pemain untuk pasukan jepun.

1- xcracker (aku)
2- ix_impaled
3- kamaldini
4- man
5- milin
6- dr. ali
7- iqbal

Thursday, January 21, 2010

Umur

Sedar tak sedar 14 januari 2010 lalu, genap la umur aku 30 tahun.hehehe..ya dah 30 pun sekarang..dah makin meningkat umur aku ni.
sedih jugak rasanya bila nak tinggalkan umur 20-an..hehehe.
teringat dulu-dulu masa umur belasan tahun..rasa tak sabar je bila nak masuk umur 20.
masa tu rasa bila umur dah masuk 20,rasa macam dah dewasa dan matang je..hehehe.
memang best sebenarnya umur 20-an ni..nak2 masa umur antara 20 hingga 25 tahun dulu.
tapi tu la..semua tu tinggal sejarah dan kenangan je.masa takkan kembali berputar.

sebenarnya ada beberapa pekara yang aku nak lakukan dan penuhi sebelum umur aku masuk 30 ni,tapi apakan daya..ada yang aku dapat penuhi dan ada jugak yang aku tak dapat penuhi.
takpe la..mungkin belum rezeki aku dan bukan masanya lagi.Allah dah tentukan untuk setiap hambanya..dan aku kena terima semuanya..biar pun ada yang pahit untuk aku terima.
harapan aku..biarlah masa akan datang akan lebih baik buat aku.moga nasib aku akan lebih baik nanti.

Wednesday, January 13, 2010

Kalah dan tersingkir.

Akhirnya..selepas game ulangan,liverpool kalah dan terus tersingkir daripada saingan piala fa.
huhuhu..kenapa la nasib malang sangat musim ni.
kalah pulak pada minit2 akhir game dan pada masa tambahan.
memang perit dan sedih nak terima kalah macam ni.
dah la kalah..2 tonggak utama iaitu torres dan gerrard terpaksa keluar pasal cedera.
harap2 tak la teruk sangat cedera tu..pasal saingan epl masih ada separuh jalan lagi.
sekarang cuma tinggal 2 piala je utk di kejar..iaitu epl dan europa.
epl tu kira mustahil sangat dah..cuma target sekarang utk dapat no 4..tu pun kalau boleh dapat..hehehe.
apa2 pun,perjuangan perlu diteruskan.
dgn kemasukan pemain baru iaitu Maxi Rodriguez,harap ianya dapat membantu dalam usaha serangan liverpool untuk mencari gol.

Sunday, January 10, 2010

Permulaan yang baik.

Sabtu baru ni,9/1/2010 liga malaysia kembali menemui peminat2 bola malaysia.ramai yang dah tak sabar menunggu..termasuk la aku sebagai peminat dan penyokong pasukan pahang,memang tak lepaskan peluang utk ke stadium darul makmur utk bagi memberi sokongan pada pahang.
musim lepas berapa game je aku tgk kat stadium..maklumla,prestasi teruk sangat.hehehe.

rata2 barisan pemain pahang kali ni mmg muda2..termasuk la pemain2 luar yg dibawa masuk oleh dollah salleh utk memperkuatkan pasukan pahang.suasana teruja tu mmg aku dah rasa 2-3 hari sblm game..malam tu kat stadium lepak tgk bola dgn budak2 tok gajah.kalau boleh aku nak skuad kali ni berjaya dan boleh bersaing dalam liga.buktikan pada semua peminat yang pahang memang layak main liga super musim ni.
aku tak nak team ni jadi mangsa belasahan team lain je.
dan kemenangan 2-1 dengan perak telah membuktikan betapa seriusnya pasukan pahang kali ni.aku harap semangat dan usaha keras untuk nak menang kekal utk game2 akan datang.
Amuk Pahang Amuk!!

Sunday, January 03, 2010

Seri je

Alamak!! team aku liverpool cuma seri 1-1 je dgn Reading dlm piala fa pusingan ke 3.

tengok pada prestasi semasa,reading skrg duk tempat ke 20 liga dalam Championship,liga yang bawah drpd bpl.kira kalau kat malaysia ni liga perdana la.tgk pada line up,sah2 mmg rafa nak menang dan seterusnya kalau boleh nak jadi juara.tak macam musim2 lepas,biasanya piala fa ni rafa bagi pemain2 simpanan dan muda je main.ini mungkin disebabkan liverppol dah tersingkir drpd ucl.so utk tak nak menghampakan peminat2 liverpool,rafa ambik serius piala fa kali ni.tapi apakan daya,biarpun turun dgn pemain2 utama liverpool masih gagal utk menang.reading pulak telah menunjukkan prestasi yg baik.mmg kucar-kacir pertahanan liverpool..terutama belah kiri.wings kiri dan kanan reading mmg hidup.

tapi takpe,seri tu tak bermakna liverpool dah tersingkir.lepas ni kena main game ulangan pulak kat anfied.harap liverpool ambik peluang tu utk menang untuk layak ke pusingan ke 4.

gambar: www.liverpoolfc.tv

Friday, January 01, 2010

Selamat Datang 2010.

Selamat datang 2010..dan bye2 utk 2009.tahun 2009 yg bagi aku beberapa impian dan pekara yang dirancang pada 2009 tak tercapai..takpe la.huhu.
semoga apa yg tak tercapai dan tak terlaksana itu akan dapat aku penuhi pada 2010 ni.insyaallah.
so ni entry aku yag pertama..sebenarnya dah lama berhajat nak ada blog sendiri.
tapi tu la..kadang2 tu duk tangguh je..hehehe.
dan salah satu azam tahun baru ni memang aku kena dan nak ada blog utk aku sendiri.
maka terhasil la blog ni..